Arak, Salah Siapa?

Malaysia adalah sebuah negara dengan agama Islam sebagai agama rasminya. Dalam Islam, telah dinyatakan dengan jelas mengenai pengharaman arak. Menurut kamus dewan (klik sini), arak bermaksud sj minuman yg mengandungi alkohol dan memabukkan, minuman keras.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. ( 5 : 90 )

"Rasulullah s.a.w. melaknat sepuluh golongan yang berkait dengan arak:
1. yang memerasnya,
2. yang minta diperaskannya,

3. yang meminumnya,

4. yang membawanya,

5. yang minta dihantarinya,

6. yang menuangkannya,

7. yang menjualnya,

8. yang makan harganya,

9. yang membelinya,

10. yang minta dibelikannya.
(Hadith Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Di Malaysia, adalah amat mudah untuk mendapatkan arak kerana Malaysia merupakan pengeluar arak terbesar ASEAN, pergi sahaja ke Tesco, Giant atau mana-mana shopping complex. Kalau nak lagi mudah, pergi ke 7-Eleven, kedai runcit terkemuka, anda akan mendapati cashier yang memakai tudung juga termasuk dalam 10 golongan di atas. Itu belum lagi ke tempat-tempat maksiat seperti disko & clubs yang banyak terdapat di Lembah Klang seperti Zouk & etc.

Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. No. 55, Persiaran Selangor, Section 15, 40200 Shah Alam, Selangor, merupakan salah satu kilang arak di negara kita. Berikut disenaraikan Board of Directors:
Dato’ Lim Say Chong (J.S.M., D.M.P.N.) - Chairman
Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (P.S.M., P.J.N., J.S.M., S.M.J., K.M.N.)
Jesper Bjoern Madsen
Dato’ Jorgen Bornhoft (D.P.T.J. (Kehormat)
Soren Holm Jensen - Managing Director
Datuk (Dr.) Lim Ewe Jin (D.M.S.M., J.S.M., P.J.K.)
Chin Voon Loong
Soren Ask Nielsen


Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (right side), a Malaysian, was appointed to the Board on 1 February 2001.
Independent Non-Executive Director
Chairman of Audit Committee
Chairman of Nomination Committee
Chairman of Remuneration Committee
(source)



Siapakah yang harus dipersalahkan dalam soal arak di Malaysia?
- Para pemimpin (Islam?) yang membenarkan (menghalalkan) penjualan / pembuatan / pengedaran etc
- Para pembeli, iman tak kuat, then dah ade kat depan mata.. mesti la nak rasa, heh!
- Penjual / pengilang / etc..

Semoga semua umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

2 dah borak:

Incek Arif berkata...

an update: 7-eleven di seksyen 18 shah alam tidak lagi mempamerkan arak pada peti ais mereka, ade label mengatakan arak tidak dijual kepada muslim, dan kepada non-muslim yang ingin membeli arak, sila berurusan dengan staf. hmmmm

Tanpa Nama berkata...

haha so beli barang kat mydin....sume tu xde...siap kalu pegi pagi2 dierg open psg recording org bace quran lg

Solah