trafik di shah alam


bandaraya shah alam, pusat pentadbiran negeri selangor.. tetapi jika anda baru membeli motosikal (especially yg rim lidi tu..) atau kereta, be careful kerana anda bakal men-depreciate-kan value kenderaan baru anda itu, jalan-jalan di shah alam memang teruk sejak ketibaan aku di shah alam lima tahun lepas..
malam tadi ada peristiwa pelik (pelik ke?) yang aku alami ketika berhenti di lampu isyarat seksyen 8, ade beberapa kereta berhenti kerana lampu merah.. tapi ketika lampu merah itu, dengan selamba je sebuah kereta peronda polis terus memotong kami semua dan melanggar lampu merah itu, jika ia adalah kecemasan, mestilah siren dibunyikan, kan? tapi mane ade siren dibunyikan pon.. nak cepat sangat kot.. hmm, nampaknya polis juga sudah menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat.. hihihi..
satu lagi, i dont mean to be bias or something tapi aku rase ramai student perempuan uitm yg memandu secara melulu, membahayakan orang lain, kalau nak membahayakan diri sendiri tu lantak korang lah.. tolong la yup, bertimbang rasa, nanti kalau jadi pape, apa nak jawab kat keluarga si mangsa itu? jalan raya dikongsi bersama.. senyumlah sikit, hehehe

1 dah borak:

FarhanaLicious berkata...

Nasib baik saya bukan student perempuan uitm..huhu~

Solah