1 Syawal has come

assalamualaikum wbt..

skrg adalah malam raya, aku mengadap pc setelah meng-upload pic kat frenster, setelah sekian lama tidak mengubah apa-apa pada page-ku itu.. pada hari ni aku ingin memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT yang mengurniakan "hadiah" yang tidak mungkin dapat ku beli dgn wang ringgit, iaitu kesihatan.. pada hari aku tiba ke Terengganu hari Sabtu aritu, aku dlm keadaan yang teramat lemah, turun dari kereta pon susah, apatah lagi utk mengangkat beg2 masuk ke dlm rumah, pada keesokan harinya, aku pergi ke hospital dan melakukan blood ESR test, maka pada itu kami mendapati ESR-ku telah meningkat secara mendadak kepada 96, which was very teruk woo.. doktor yg melihat previous histori mengenai keadaanku menggeleng kepala, sambil rujuk2 "kitab" dia.. at last dia mencadangkan pengambilan ubat seperti dari awal.. aku mula makan ubat setelah berbuka pada mlm itu, pada sebelah tengah malam itu barulah aku nampak hasilnya, di mana aku tidak lagi perlu merangkak-rangkak utk bergerak dari satu tempat ke satu tempat, tidak perlu lagi bersolat dlm keadaan duduk & etc..

itu baru salah satu daripada nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita, berapa ramai daripada kita yang lalai dengan nikmat kesihatan yang dikurniakan setiap saat kepada kita? rasa-rasanya most of us kot..

sempena bulan Syawal ini, aku ingin meminta ampun dan maaf kepada rakan-rakanku, mana tahu kan kalau aku ade pernah buat salah ke, tersilap makan makanan/minuman korang ke, korang terasa ke, marah ke.. aku nak mintak korang halalkan la yup, aku insan yang lemah, tidak luput daripada dosa-dosa yang menggunung, Allah tidak mengampunkan dosa hamba-Nya dengan hamba-Nya yang lain melainkan org itu sendiri yang memaafkannya (betul kan? jika silap, betulkan aku..) semoga aku tidak selalu lalai dengan nikmat dunia.. selamat hari raya, jemput la ke rumah ku.. wassalamu.

1 dah borak:

Tanpa Nama berkata...

kami tengah promosi blog kami. kami budak-budak UKM yang cuber nak jadi kool. walau pon kami cuber nak jadi kool, tapi kami tetap gagal. kami tetap dilabel sebagai poyo.

kalo sudi, jenguklah blog poyo kami di:

http://diskopi.wordpress.com

biar poyo jangan paip*!

paip ialah singkatan daripada pemuda/pemudi anti ilmu pengetahuan (PAIP). hehehe.

blog kami blog bilingual. bm ader, bi pon ader. macam-macam hal yang kami layan tulis. dari perkara serius sampailah kepada perkara sempoi dan santai.

kalo suker dengan blog kami, silalah beritahu kawan-kawan yang lain.

timer kaseh.

Solah