Penyakit Chikungunya
Penyakit Chikungunya adalah penyakit jangkitan virus yang disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Gejala utama jangkitan adalah demam panas, rasa sakit yang teruk pada sendi terutamanya sendi kecil dan ruam. Chikungunya tidak menyebabkan kematian dan adalah ’self-limiting’ ataupun sembuh dengan sendiri. Pesakit cuma memerlukan rawatan simptomatik dan rehat secukupnya, namun gejala sakit sendi boleh berlarutan bagi pesakit yang telah berumur. Rawatan hospital hanyalah untuk keadaan tertentu sahaja. Pesakit kebiasaannya memperoleh imuniti sepanjang hayat. Sepertimana jangkitan virus lain, tiada ubat khusus atau vaksin untuk penyakit Chikungunya. Cara paling berkesan untuk mengelakkannya adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes di persekitaran kita.
Source : Blog Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
tribute to my best bud yang masih di wad HSNZ, get well soon!
Disediakan oleh: Dr. Azlan Darus - Penolong Pengarah Kanan (CPBV), Bahagian Kawalan Penyakit ( 30 Julai 2008)
Disemak oleh : Ahmad Safri Bin Mokhtar - b/p Timbalan Pengarah Kawalan PenyakitSource : Blog Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
tribute to my best bud yang masih di wad HSNZ, get well soon!
0 dah borak:
Catat Ulasan